Aku
berdiri mahu terus berdiri
Tapi
kaki ku mahu berlari
Tak
tahu mula langkah kanan atau kiri
Kusut
hatiku kian mencari.
Mana
pergi jendela pelangi
Yang
lama menunggu pasti menanti
Tak
mahu kisah lama diulangi
Hampir
mati dimamah terhenti.
Ku
sematkan nukilan abadi
Kurenungi
bait-bait hati
Sempurnanya
umpama ladang padi
Yang
menguning sejiwa sejati.
Ku
serahkan segala yang diberi
Kupasrah
apa akan terjadi
Kehidupan
yang sudah terperi
Jangan
disiakan anugerah bernadi.
Quatrain
_ Sajak 4 Seuntai.
Labuan,
02 Juni 2014 pukul 17:07.
Oleh
Gabriel Kim (Gabriel Kimjuan)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar